Islam & Muslims

Islam & Muslims

Thursday, 3 May 2012

Rakaman Makro-Pengajaran

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SOLAT
Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam mengikut syarat-syarat tertentu.
RUKUN SOLAT
Rukun solat ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan solat, jika ditinggalkan tidak sah solat.

RUKUN-RUKUN SOLAT
1.Rukun Qalbi
2.Rukun Qauli
3.Rukun Fikli






                                       
                            Selamat menonton.....!
                     (40 minit bersama ustaz Din....)



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                      : ASAS ULUM SYARIAH (Ibadah)
Tajuk                                       : Rukun Solat
Tarikh                                      : 3.5.2012
Masa                                       : 11.00-12.00 tengahari
Kelas                                       : Tahun 4S
Bilangan Pelajar                      : 34 orang murid
Hasil Pembelajaran                 : Di akhir pembelajaran, pelajar dapat :
1)    Menyenaraikan rukun solat
2)    Membahagikan rukun solat kepada 3 bahagian
3)    Melakukan amali tunjuk cara solat

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : 
                                     i)  set induksi
                                    ii)  aktiviti   : penerangan - penggunaan alat bantu -
                                                         pengukuhan (lembaran kerja) / penilaian
                                   iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Pengetahuan Sedia Ada      : Murid-murid biasa mengerjakan solat                                                 
KBKK                          : Menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, memahami  dan                                                                        mengingat

Penerapan ilmu                       : Beriman kepada Allah
Penerapan Nilai                      : Bersyukur dan bertaqwa

Bahan Bantu Mengajar            : 1) Carta
                                                     2)  Papan putih
                                                     3) Buku teks                                       
                                                     4) Edaran lembaran kerja



Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan
Guru
Murid

Langkah 1:
Set Induksi
(5 minit)

*Penyoalan


*Tajuk pembelajaran:
  “Rukun Solat”




Guru menjawabi salam murid. Guru meminta  murid-murid membaca doa.

Guru mengajukan beberapa soalan kepada murid

Bersoal jawab mengenai Rukun Solat

Mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari melalui soal jawab.


Murid memberi salam kepada guru dan membaca doa beramai-ramai.

Menjawab pertanyaan guru, mendengar penjelasan guru

KBKK:
Menjana idea

NILAI:
Bersyukur dan taqwa
- Berani mencuba
- Berminat
- Beri perhatian



Langkah 2: Penstrukturan
Idea
(10 minit)


RUKUN SOLAT:
* Rukun Qalbi
*Rukun Qauli
*Rukun Fikli


Menayangkan Carta Rukun Solat dan bahagiannya

Menerangkan isi pelajaran secara terperinci serta bersoal jawab.

Menunjuk cara secara amali dalam rukun solat


Mendengar penerangan guru 

Mendengar dan menjawab pertanyaan  dari guru.  .

KBKK:
Menjana idea

NILAI:
Bersyukur dan taqwa
-       tekun

BBM:
Carta Manila kad


Langkah 3:
Aplikasi Idea
(10 minit)

AKTIVITI
* Amali

*Membuat pengukuhan
  



Meminta murid mendemonstrasikan cara
Duduk antara dua sujud

Menerangkan cara duduk antara sujud yang betul

Mengimbas kembali perkara rukun rukun solat

Murid melakukan  cara duduk antara dua sujud yang betul sambil diperhatikan oleh murid lain.



Kaedah :
- Tunjuk cara

NILAI:
Bersyukur dan bertaqwa
-       Patuh

BBM:
Carta Manila kad

Langkah 4:
Penilaian
(10 minit)

LATIHAN DALAM KELAS

* Latihan Bertulis
* Pengertian Solat dan   Rukun Solat


Mengedarkan soalan latihan kepada pelajar dan meminta murid menjawabnya.

Guru memantau murid membuat latihan



Menjawab soalan latihan yang diberi dan menyiapkannya secara individu.

Murid membuat latihan
.

KBKK:
Menjana idea
Mengaplikasi idea

NILAI:
Bersyukur dan taqwa
-Bekerjasama

BBM:
Lembaran Kerja

Langkah 5:
Penutup
(5 minit)










RUMUSAN TAJUK:

* Nasyid Solat lima Waktu


*Kepentingan dan kewajiban solat







Membuat rumusan terakhir berdasarkan tajuk dan aktiviti yang dijalankan.

Mengingatkan murid tentang kewajiban solat

Meminta murid bangun untuk mengucapkan terima kasih sebelum kelas berakhir



Memberikan pelbagai respon kepada guru.

Mendengar dan member  tumpuan kepada guru .

Murid mengucapkan terima kasih kepada
 Guru beramai-ramai







KBKK:
Menjana idea

NILAI:
Bersyukur dan taqwa

BBM:
Papan putih
Marker pen


REFLEKSI :

KEKUATAN 
Kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan mikro pengajaran ialah kawalan kelas yang baik. Kesediaan murid untuk belajar melicinkan suasana p&p sterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, tumpuan murid dan komitmen yang diberikan oleh murid-murid melancarkan rakaman pengajaran ini

KELEMAHAN
 Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikro pengajaran ialah sifat gementar yang saya rasa kerana berhadapan dengan kamera  ,ini membuat sesi pengajaran  sering tersekat-sekat dan gugup.Begitu juga dengan masalah teknikal  semasa rakaman terdapat gangguan suara murid serta gambar yang bergoyang kerana rakaman sesi pengajaran ini dilakukan oleh murid.


Tuesday, 17 April 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB


·

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Monday, 16 April 2012

Mesti Dengar....!






"SELAMAT HARI GURU 2012...."


"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"